love quote Pictures, Images and Photos

Monday, August 23, 2010

My Life >>---> (^.^)*

You gotta take the good with the bad
Smile with the sad
Love what you've got and remember what you had
But never forget
Learn from your mistakes but never regret
people changes, things go wrong
Just remember
Life goes on..
Terkadang aku lupa
Hidup ini indahnya seketika
waktu duka akan datang menggantikan waktu suka selagi nafas masih terhembus.
Ada saat-saatnya
Aku memerlukan seorang teman untukku berpaut meniti kehidupan
Teman yang setia dan sudi mencintaiku sepenuh jiwa.
Di manakah dia tuhan?
Aku takut berpaut pada ranting cinta yang rapuh
Aku risau menggayuti dahan yang reput
Di manakah cinta lelaki yang telah kau ciptakan buatku tuhan?
Aku risau pada keadaan ini
gentar pada madah yang terucap dengan penuh muslihat
sedangkan aku tidak bisa mentafsir adakah kebenaran di sebaliknya
atau senyuman sang petualang yang menunggu masa menjalankan agenda
Di manakah dia yang ikhlas mencintaiku tuhan?
Kata orang, kita perlu membuka hati untuk belajar mencintai
Namun, yakinkah bahawa pintu hati yang terbuka tak akan dimasuki orang yang salah?
Di manakah insan yang tepat untukku tuhan?
~Yatie~
Kegemaran aku yang satu ini untuk menulis dan meluahkan perasaan melalui bait-bait kata tidak dapat lari. Mungkin dah menjadi sebahagian daripada diri aku. Namun pelik, aku tidak suka menulis diari. Malas..hehe..
Sekarang ni, mood aku untuk menulis ni naik balik.Gian kata orang coz dah lama x menulis.
Bayangkan,dalam sibuk buat assigment pun aku masih sempat buat cerpen. hehehe...tajuknya 'Aku Bukan Sempurna'. Insya Allah..lepas raya boleh siap kot..Nanti bila dah siap akan publish kat blog. Jadi, feel free to comment ye? ;)

No comments:

Post a Comment