love quote Pictures, Images and Photos

Tuesday, August 24, 2010

Rindu....




kenapa hari ni aku sensitif sgt haa??

dri pgi tadi smua benda yang aku buat rasa cam x kena ja

rsa cam nk nangis..nk melalak..nk jerit2..mrh2 org..

but....


(my ego says)

no..no..no..

come on girl

y u should cry?

y u want to show ur weakness??

u r strong enough to went thru all dis stuff


(heart says)

i hve to my dear ego.. i am so depressed

i need SOMEONE to turn to

i need SOMEONE who can really understand me

i need SOMEONE dat i can share all dis little heart want to say


(ego says)

u dun need dat someone

u dun even need anyone

u could live dis life on ur own

y need to have companion??

they wont understand u as much as u want them to do

u juz need to catch ur future

achieve ur dreams

come on girl..be strong!!


(heart says)

geee..u r really ego!!

but i dun care..

i still wanna cry

to ease dis burden

go away,ego!!

let me alone for a while!!



Gila ah..hati n ego sling bertingkah

but at last aku nangis gak

hmm..lega sket after nangis

rsa kurang beban

rmai org kata perempuan lemah sebab air mata

but as for me

air mata tak membuktikan perempuan itu lemah

cuma ia merupakan salah satu cara yang unik

untuk perempuan meluahkan perasaan hati

yang tak dapat diluahkan menggunakan kata-kata

kerana perempuan mempunyai pelbagai emosi dan perasaan kasih yang cukup kuat berbanding kaum lelaki



tp..

seriously..tonite aku mmg rsa sayu gila..

rindu sgt kt kwn baik aku..

dulu, kalau ada msalah..

kami akn kongsi sma2 n settle sma2

skunk, masing2 dh tercampak jauh antara satu sma lain
skunk bila ada msalah..
cma facebook je tempat kami luahkan perasaan
tp x sama dgn jumpa scr real.. huk3..

hmm...
nak wat mcm mana
tuntutan untuk mencari ilmu kn??
so, terpaksalah..


wawa..aku rindu kat ang sgt!!


picture of me n wawa (my best fren)..love her so much!!



Sesuci kasih ibu...

Setiba di rumah,Mak Leha menghulurkan bakul makanan pada anak keempat daripada lima orang anaknya,Isyra.Hanya itulah anak perempuannya.Dialah yang selalu membantu kerja-kerja dapur sewaktu Mak Leha serta Pak Tahir bekerja di kebun.Mak Leha bersandar di sofa.Televisyen yang terpasang dilihat sepintas lalu.Tiada keinginan untuk menonton apabila keletihan membalut diri tuanya.Pak Tahir,suaminya,pula entah ke mana.Mungkin ke rumah Wak Seman membayar sewa rumah yang sudah beberapa bulan tertunggak atau mungkin ke pasar mengambil hasil jualan.
Isyra menatap wajah Mak Leha yang keletihan.Serius sekali dan Isyra tidak jadi menegur.Ditangguhkan perihal guru di sekolah yang sudah menggesa dia membayar yuran persekolahan.Isyra tidak mahu menambah kekusutan Mak Leha buat masa ini walaupun kadang-kadang Isyra berasa malu pada teman-teman.Sesi persekolahan sudah tiba di pertengahan sebelum dia bakal berjuang dalam peperiksaan PMR pada tahun ini.Namun,cepat-cepat dia tersedar.Keluarganya miskin.Adik-beradiknya ramai.Lagipun,siapalah dia untuk menilai kemiskinan keluarganya.Mungkin semua ini ujian Allah buat keluarganya. Ibu bapanya sudah cukup kuat bekerja untuk menampung kehidupan keluarga. Tidak kira panas,hujan,ribut mahupun taufan,mereka tetap keluar demi mencari sesuap nasi.
Isyra mengelap peluh di dahi tua Mak Leha.Berhati-hati dia melakukannya.
Mak Leha membuka mata apabila terasa Isyra mengelap dahinya.Hati tuanya tersentuh melihat ketaatan anak perempuannya yang seorang ini.Isyra kemudian mula memicit perlahan bahu Mak Leha.Dia masih tekun melakukan tugasnya walaupun menyedari Mak Leha tidak tidur.
“Emak nak minum?Nanti Isyra ambilkan.Isyra bancuhkan air kopi untuk mak,ya?”Isyra menyoal seraya tersenyum manis.
“Air kosong pun cukuplah,nak.”Bibir kering Mak Leha bergerak perlahan.Seakan tidak terkeluar ayat itu dek kerana terlalu keletihan.Isyra terus berlalu ke dapur mengambil minuman yang Mak Leha inginkan.
Selesai meneguk air,Mak Leha menyuruh Isyra bersimpuh di tepinya.Dikeluarkan duit dari lipatan baju.
“Esok beri pada cikgu,ya?Beritahu cikgu,yang selebihnya nanti emak beri masa Isyra dah balik asrama.Tauke Lee cakap minggu depan baru dia bayar wang jualan pisang nangka yang dia beli dari kita minggu lepas.”
Isyra merenung wang di genggamannya.Kepalanya dilentokkan ke atas ribaan Mak Leha.Usapan tangan emak mendamaikan hati.Kucupan emak membahagiakan diri.Terasa bagai dia disayangi sepenuh hati.
“Emak,sekejap lagi kawan Isyra datang untuk ambil Isyra balik ke asrama.Jadi,emak tak payah susah-susah nak pinjam kereta Wak Seman untuk hantarkan Isyra.”Ujar Isyra sambil memeluk pinggang Mak Leha.
“Iya.Isyra dah siap kemaskan pakaian?”
Isyra hanya mengangguk.Sebetulnya Isyra masih belum puas bermesra dengan Mak Leha tetapi dia harus pulang semula ke asrama untuk meneruskan pembelajaran.Dia tidak mahu wang hasil penat lelah mak dan abahnya terbuang begitu saja.Dia mahu setiap wang itu terbayar dengan kejayaannya nanti.Dia mahu membuat emak dan abahnya bangga.Kegagalan abangnya akan dijadikan pengajaran kerana emak dan abahnya begitu kecewa walaupun tidak pernah walau sekali mereka mempamerkan kekesalan itu.

====================================

Bulan Ramadhan sudah sampai pertengahandan hari ini juga hari pertama peperiksaan PMR.Semua paper hari ini dapat dijawab dengan baik.Harap-harap dapatlah lulus dengan cemerlang.Mesti mak seronok kalau dapat tahu aku dapat jawab dengan baik.Dah dua bulan aku tak balik rumah.Mak Leha dan Pak Tahir juga tidak datang menjenguknya di asrama.Memang begitulah adatnya peraturan di asrama yang menyekat kepulangan para pelajar dan menghalang keinginan ibu bapa yang ingin melawat anak mereka,dengan alasan untuk memberi ruang untuk para pelajar memberikan sepenuh tumpuan pada pembelajaran.Dia faham walaupun kekadang hatinya merintih rindu.Tak apalah.Lepas habis peperiksaan ni,bolehlah balik beraya dekat rumah.Dia mengelamun jauh mengenangkan kuih buatan Mak Leha.Semua kuih raya yang terhidang di atas meja pastinya yang enak-enak.Ya Allah..tapi,kenapa hati aku rasa gelisah aje ni? Ahh…mungkin darah gemuruh kot,esok kan paper matematik.Isyra cuba menenangkan hatinya dengan menyibukkan diri membaca dan menulis nota kecil.Tiba-tiba…
“Isyra,abang Iqram kau datang.Dia ada kat bilik warden.”Isyra tersentak. Segera dikemaskan buku-buku yang bersepah di atas katil.
Sebaik sahaja tiba di bilik warden,dia berdiri kaku dan tidak menghampiri abang Iqram serta Pak Ngah dan Pak Tehnya.Abahnya,Pak Tahir juga ada di suatu sudut ruangan bilik warden yang agak sempit itu.Dia tahu ada sesuatu yang buruk terjadi dari air muka abahnya.Dia berdebar dan degup jantungnya makin pantas melihatkan sisa air mata di wajah abang Iqram.Dalam hatinya,dia memohon agar tidak terjadi perkara yang buruk ke atas keluarganya di bulan Ramadhan yang suci ini.
Sepanjang perjalanan,masing-masing diam membisu.Wajah Isyra sudah pucat.Air mata sudah mengalir laju tapi tiada siapa yang masih sudi memberitahunya sesuatu.Apakah yang sedang terjadi,Ya Allah?
Sebaik sahaja tiba hadapan rumah,hatinya berdegup lebih kencang.Seluruh jiran tetangga mengerumuni rumahnya.Sanak-saudaranya sibuk ke sana-sini.Adiknya yang paling kecil,Isyraf,yang berumur 5 tahun duduk di atas ribaan adik lelakinya yang seorang lagi sambil bermain ceria sedangkan Imran menangis teresak-esak.Suasana rumah bungkam.Alunan bacaan Yassin mendayu-dayu.Bau kemenyan menusuk rongga hidung.Sekujur tubuh terbaring kaku di atas katil.Susuk tubuhnya mirip…..Ya Allah..Emak!!!
Isyra menerpa ke arah tubuh Mak Leha yang telah kaku.Seakan tidak percaya tubuh yang selalu dipeluknya,kini tidak akan dapat membalas pelukannya lagi.Tidak percaya bahawa wajah yang selalu dirindui,tidak akan dapat ditatap dengan penuh kasih lagi selepas ini.Tidak percaya bahawa suara yang selalu memberikan azimat dan pedoman,tidak akan dapat didengari lagi.Tidak menyangka bahawa raya yang bakal bertamu nanti,tidak akan dapat disambut dengan penuh kesempurnaan seperti sebelumnya.Isyra berusaha mengelakkan air matanya daripada jatuh menitik mengenai tubuh Mak Leha.Dia tidak mahu emaknya menderita. Ditatap sepuas hati wajah pucat Mak Leha.Bibir itu seakan-akan mengukirkan senyuman.Isyra mencium sepuas hati wajah Mak Leha kerana dia yakin selepas ini dia tidak akan dapat mencium wajah ibunya lagi.Dia tidak akan mendengar suara Mak Leha memanggilnya dengan penuh kasih-sayang lagi.Dia tidak akan dapat memeluk tubuh itu seperti kebiasaan.
Dia memeluk Isyraf sekuat hati.Isyra menangis teresak-esak ketika dirinya ditenangkan oleh sanak-saudara yang ada.Mereka tidak merasa penderitaan di jiwa ini.Senanglah mereka menuturkan..sabar Isyra..sabar…
“Kenapa mak mesti pergi seawal ini?Kenapa nyawa mak mesti diambil ketika kami masih memerlukannya.Kenapa mesti ketika umat Islam tinggal menunggu detik untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri,Ya Allah?Kenapa Ya Allah,kenapa?”Ucap Isyra dalam sedunya.Imran datang memeluknya sambil menangis sedangkan tiga lagi abangnya sibuk menguruskan pengebumian Mak Leha.Isyraf yang mula menangis dibiarkan sahaja.Isyra bingung sebetulnya.Tidak tahu apa yang harus dilakukan sedangkan orang ramai yang berada di dalam rumahnya mula menitiskan air mata melihat keadaan mereka tiga-beranak. Gambar Mak Leha di genggaman ditatapnya sayu.
“Kak,mak dah tak ada.Kalau Imran ada masalah,Imran nak mengadu pada siapa,kak?”Mata dan hidung Imran sudah merah akibat terlalu banyak menangis sehingga tersengguk-sengguk bahunya menahan tangis.
“Adik,kakak masih ada.Adik boleh bercerita dengan kakak.”Isyra mencium pipi Imran.Isyraf di ribaan sudah diambil Mak Tehnya yang sedang menidurkan Isyraf di dapur rumah.
“Abang Iqram,apa puncanya?”Isyra terus menyoal apabila melihat abangnya melalui hujung tubir mata.
Iqram memeluk adik perempuannya yang seorang itu.Hatinya bertambah sayu apabila melihat gambar Mak Leha di genggaman tangan kanan Isyra.
“Penyakit apendiks mak dah betul-betul kronik ketika doktor memberitahu apendiks mak dah pecah setelah mereka jalankan pemeriksaan ‘CT Scan’ ke atas mak,dik.Air asid yang berada dalam apendiks tu dah merebak ke seluruh badan dan merosakkan sistem pertahanan badan mak.Buah pinggang mak juga tak mampu berfungsi lagi bagi menapis air asid tersebut.Sudahlah adik,abang lebih rela mak pergi daripada melihat emak tersiksa menanggung kesakitan.Yang penting sekarang,adik mesti tabah dan banyak berdoa untuk mak,sayang.”
“Kenapa mereka tak merawat mak?Kenapa mereka biarkan mak tinggalkan kita?Cuba abang tengok Isyraf,dia kecil lagi tapi sudah kehilangan kasih seorang emak.Sedangkan Isyra yang dah besar ni pun masih belum puas menikmati kasih emak,abang.Isyra tak sanggup,abang.Isyra tak sanggup.Kenapa ujian ini mesti berlaku saat adik sedang berjuang menggapai impian?Kenapa ketika adik sedang menduduki peperiksaan PMR?”Isyra sudah tidak peduli.Isyra hamburkan segalanya yang bersarang di hati.Kenapa doktor itu mesti melepaskan tanggungjawabnya dengan senang hati?Padahal,kalau mereka cuba untuk merawat Mak Leha,pasti Mak Leha masih bernyawa saat ini.Pasti dia masih mampu lagi memeluk Mak Leha dengan erat dan adiknya yang masih kecil itu pasti masih mampu menikmati betapa indahnya kasih seorang emak.Ya Allah…hatinya merintih sayu.Tidak percaya kematian ini terjadi,semua ini bagaikan sebuah mimpi ngeri yang tak akan hilang walaupun sudah berulang kali dia terjaga dari tidurnya.Rindunya yang ditahan-tahan selama 2 bulan dibalas dengan berita kematian emak yang dikasihi.Betapa sakitnya sekeping hati.

===================================

Kini sepuluh tahun telah berlalu,dia sudah mampu menyesuaikan diri tanpa kehadiran Mak Leha meski sesekali kenangan lalu pasti mencuri tumpuannya.
Apatah lagi bila mengenangkan Hari Raya Aidil Fitri pertama yang mereka lalui tanpa kehadiran Mak Leha.Tatkala terdengar takbir raya,ketika orang lain menyambut kemenangan itu dengan kebahagiaan,mereka sekeluarga meratap pedih pemergian emak yang tercinta.
Saat ini juga dia bergelar seorang doktor kerana kejadian yang menimpa emaknya.Isyra tidak mahu orang lain turut menerima nasib yang sama seperti yang pernah dialaminya dahulu.Walaupun keputusan PMR-nya tidak mampu dibanggakan namun keputusan peperiksaan SPM-nya amat cemerlang sehingga melayakkan dia menyambung pengajiannya dalam bidang medik dengan bantuan biasiswa kerajaan.Mujurlah saat dia hanyut,masih ada sanak-saudara yang sudi menghulurkan bantuan untuk berpaut.Isyra amat bersyukur.Mungkin ada hikmahnya di sebalik setiap dugaan.Hubungan mereka adik-beradik mula rapat.
Haruman kemboja menusuk hidung.Air mawar disiram ke atas pusara emak.Doa dipanjatkan agar roh Mak Leha dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman.Suasana sunyi itu mengingatkannya pada sesuatu.Kenangan indah saat Mak Leha masih di sisi dan kenangan itu perlahan-lahan mengimbau sejarah lalu……

Pohon kemboja seakan melambai sayu
Saat aku mengunjungi pusara bonda
Menjemput kenangan lalu
Menyemarakkan sebuah rindu
Bila…
Di hati tersemat azimat
Tabir halangan mula tersingkap
Jalan menuju kebahagiaan mula terbuka
Semarak kasih tak pernah dilupai
Lalu…
Aku mula melakar kenangan bersulam bahagia

Monday, August 23, 2010

My Life >>---> (^.^)*

You gotta take the good with the bad
Smile with the sad
Love what you've got and remember what you had
But never forget
Learn from your mistakes but never regret
people changes, things go wrong
Just remember
Life goes on..
Terkadang aku lupa
Hidup ini indahnya seketika
waktu duka akan datang menggantikan waktu suka selagi nafas masih terhembus.
Ada saat-saatnya
Aku memerlukan seorang teman untukku berpaut meniti kehidupan
Teman yang setia dan sudi mencintaiku sepenuh jiwa.
Di manakah dia tuhan?
Aku takut berpaut pada ranting cinta yang rapuh
Aku risau menggayuti dahan yang reput
Di manakah cinta lelaki yang telah kau ciptakan buatku tuhan?
Aku risau pada keadaan ini
gentar pada madah yang terucap dengan penuh muslihat
sedangkan aku tidak bisa mentafsir adakah kebenaran di sebaliknya
atau senyuman sang petualang yang menunggu masa menjalankan agenda
Di manakah dia yang ikhlas mencintaiku tuhan?
Kata orang, kita perlu membuka hati untuk belajar mencintai
Namun, yakinkah bahawa pintu hati yang terbuka tak akan dimasuki orang yang salah?
Di manakah insan yang tepat untukku tuhan?
~Yatie~
Kegemaran aku yang satu ini untuk menulis dan meluahkan perasaan melalui bait-bait kata tidak dapat lari. Mungkin dah menjadi sebahagian daripada diri aku. Namun pelik, aku tidak suka menulis diari. Malas..hehe..
Sekarang ni, mood aku untuk menulis ni naik balik.Gian kata orang coz dah lama x menulis.
Bayangkan,dalam sibuk buat assigment pun aku masih sempat buat cerpen. hehehe...tajuknya 'Aku Bukan Sempurna'. Insya Allah..lepas raya boleh siap kot..Nanti bila dah siap akan publish kat blog. Jadi, feel free to comment ye? ;)

Hati berbisik..

Pemandangan sewaktu hujan di Sg Petani, Kedah




Tadi aku menjelajah seluruh isi laptop aku. Biasalah, dah low disk space. Jadi nak kena kosongkan dan padam mana-mana yang tak perlu. Tiba-tiba je,dalam 1 folder aku ternampak gambar nih. Gambar ni diambil kat tempat kerja aku, time tu guruh kuat gila. Hanya aku ngan Chia May je yang ada. Kitorang berdua ni dahlah tinggal berdua je kat dalam kedai yang besar tu. Takut sgt coz time ni jugak yang jadi ribut sampai pokok tepi jalan tu patah. Huhu..sgt takut. Cuak sgt muka kami time tu.





Kami juz duduk je kt dalam kedai. Bos pulak x dak. Dah tak taw nak buat apa, kami decide nak amik gmbr je..huhu...kalau taw kt bos kami dok posing maut dalam kdai dia, mau nak kna marah ni.. (sori arr mr choo :P)



Inilah gmbr2 kami yang sedang kbosanan.. :P


Argghhh...mulut beliau lebih seksi berbanding akukah?? ini tidak adil!! >.<

.

.



!!PEACE!! (alamak..aku x pakai kasut daa...jnji posing dlu :p)


.


.


Spec baru tuh..jgn main2..ahakz.. ~@.@~


.


.


Say 'cheese' Chia May.. there u go.. nice smile!! :D





I miss our moments Chia May.. hope u study hard for the future. Eventho we're from different races n religion, but u thought me a good values in life indeed dat is in friend, we dun count it based on skin colour, languange, races or religion.. but friendship always come from the heart. Thank you for showing me the meaning of true friendship.. :)


all of love


chuan tong and skibby








































Sunday, August 22, 2010

DEBARAN DI HATI


Hak2..nk jdik jiwang lak ari nih

Bkn slalu korang nk tgk aku jadik jiwang nih

hehehe...aku ni kan pemalu sket..

awwww.....malu den.. ahakz..

so,sudi2kanlah diri korang bca sajak aku yg x seberapa nih ekk...(anggap jela aku tujukan utk korang yg bca nih :P)

renungan matamu mendamaikan jiwa

menusuk dan membelai hati yang kesunyian

gemersik suaramu membawa aku ke lembah kerinduan yang tak bertepi

sayang,

andai kau tahu betapa aku mendambakan hadirmu dalam hidup ini

senyumanmu menghadirkan resah dalam sanubari

meleburkan segala rasa benci yang pernah menghuni

ajarkanlah aku erti cinta yang sebenar

agar aku bisa menjadi insan yang tabah

ajarkanlah aku erti kerinduan yang sebenar

agar aku bisa menggayuti syurga idaman

pimpinlah aku ke jalan Illahi yang suci

kerana aku Hawa-mu yang lemah

yang memerlukan bimbingan dan perlindunganmu

maka, hadirkanlah dirimu sebagai pembimbing bersama2 cintamu

agar kau bisa melembutkan hati ini

dan menjadikan aku wanita muslimah yang selayaknya di sisimu

dan di sisi penciptaNya..

errr...aku dh xdak idea dh..sbb dh rushing nk g kelas.. hehehe...

anyhow, nnt aku try buat sajak lagi utk korang kongsi bersma org yg tersyg..

:))

love from me




Cleopatra Stratan - Numar Pan'La Unu

comey siot bdak kcik nih..suara pn sedap.. ak dh addicted dgn suara n lagu2 dy..

comey seyh gaya dy nyanyi.. :)